KINGSTON (Jamaica): Sebuah bas yang membawa pelancong terbabas dan terbalik di utara Jamaica, menyebabkan semua 25 penumpang cedera.
Polis berkata, pelancong dan pemandu bas dibawa ke sebuah hospital di Falmouth, bandar pantai yang menjadi pusat pelabuhan kapal persiaran.
Mangsa tercedera termasuk seorang wanita yang mengalami luka parah di bahagian telinganya.
Pihak berkuasa tempatan berkata, bas berkenaan dari lapangan terbang antarabangsa di Montego Bay ke bandar pelancongan Ocho Rios apabila sebuah kereta merempuh hadapan bas itu di lebuh raya di sini. - AP
READ MORE
Polis berkata, pelancong dan pemandu bas dibawa ke sebuah hospital di Falmouth, bandar pantai yang menjadi pusat pelabuhan kapal persiaran.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan memastikan had hutang Malaysia tidak melebihi 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sebagai strategi pengurusan berhemat dalam mengurus kewangan negara.
Katanya, kerajaan juga mengambil langkah mengurangkan defisit fiskal, selari dengan komitmen untuk memastikan pertumbuhan.
"Tahun lalu, defisit fiskal berada pada kedudukan 4.8 peratus KDNK berbanding 5.0 peratus," katanya yang juga Menteri Kewangan dalam ucapan dasar pada persidangan "Invest Malaysia 2012" di sini, hari ini.
Bagi memastikan pertumbuhan dalam negara, khususnya dalam pasaran modal, Najib mengumumkan lima inisiatf baharu, termasuk mengamanahkan Bursa Malaysia untuk mewujudkan yayasan baharu, yang dianggotai pemegang kepentingan utama industri untuk menangani sebarang jurang pertumbuhan dalam pasaran.
Tumpuan khususnya ialah terhadap pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), inovasi pasaran dan pembangunan bakat sedia ada dan baru.
"Bagi menyokong usaha itu, Dana Pembangunan Pasaran Modal akan diperuntukkan geran RM100 juta untuk menubuhkan yayasan baru itu yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan," katanya.
READ MORE
Katanya, kerajaan juga mengambil langkah mengurangkan defisit fiskal, selari dengan komitmen untuk memastikan pertumbuhan.
Tumpuan khususnya ialah terhadap pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), inovasi pasaran dan pembangunan bakat sedia ada dan baru.
"Bagi menyokong usaha itu, Dana Pembangunan Pasaran Modal akan diperuntukkan geran RM100 juta untuk menubuhkan yayasan baru itu yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan," katanya.
KUALA LUMPUR: Pihak Pengurusan Operasi Lawatan Menara Kembar PETRONAS mengumumkan bahawa harga tiket lawatan bagi Dewasa tanpa MyKad adalah RM80 dan Kanak-kanak tanpa MyKid adalah RM30 bermula 1 Jun 2012.
Bagaimanapun, tiada perubahan bagi harga tiket pemegang MyKad iaitu RM25 dan pemegang MyKid, RM12.
Waktu lawatan ialah dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam (Selasa hingga Ahad).
Sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut, sila hubungi Kaunter Tiket atau talian Info di 03-2331 8080.
READ MORE
Bagaimanapun, tiada perubahan bagi harga tiket pemegang MyKad iaitu RM25 dan pemegang MyKid, RM12.