Hutang Malaysia tidak melebihi 55 peratus KDNK: Najib Post title

Posted by Izam On Tuesday, May 29, 2012 0 comments
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan memastikan had hutang Malaysia tidak melebihi 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sebagai strategi pengurusan berhemat dalam mengurus kewangan negara. 

Katanya, kerajaan juga mengambil langkah mengurangkan defisit fiskal, selari dengan komitmen untuk memastikan pertumbuhan.

"Tahun lalu, defisit fiskal berada pada kedudukan 4.8 peratus KDNK berbanding 5.0 peratus," katanya yang juga Menteri Kewangan dalam ucapan dasar pada persidangan "Invest Malaysia 2012" di sini, hari ini.
Bagi memastikan pertumbuhan dalam negara, khususnya dalam pasaran modal, Najib mengumumkan lima inisiatf baharu, termasuk mengamanahkan Bursa Malaysia untuk mewujudkan yayasan baharu, yang dianggotai pemegang kepentingan utama industri untuk menangani sebarang jurang pertumbuhan dalam pasaran. 

Tumpuan khususnya ialah terhadap pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), inovasi pasaran dan pembangunan bakat sedia ada dan baru. 

"Bagi menyokong usaha itu, Dana Pembangunan Pasaran Modal akan diperuntukkan geran RM100 juta untuk menubuhkan yayasan baru itu yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan," katanya.

0 comments:

Post a Comment